RELATED INTERNET RADIO CHANNELS 

Produced by EPC TECHNOLOGIES

ILMU DAN TEKNOLOGI   -   EPC Radio 2

Rangkaian ini akan memaparkan ehwal dan kisah yang berkaitan dengan ilmu dan teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan harian kita di negara ini.  Tumpuan perhatian rangkaian ini ialah bidang dan aktiviti yang diceburi oleh masyarakat,  terutama anggota masyarakat yang tinggal di kawasan desa.  Antara bidang-bidang yang diberi fokus ialah pertanian,  ternakan,  perikanan,  pembelajaran,  pembangunan keluarga dan perushaan desa.  Teknoligi terkini akan dipaparkan untuk dimanfaatkan oleh kumpulan masyarakat ini. Asas program di dalam rangkaian ini ialah pentingnya ilmu pengetahuan hari ini.

DARI IMPIAN KE REALITI  -   EPC Radio 3

Rangkaian ini akan menumpukan perhatian kepada rentak hidup masyarakat Malaysia dalam berbagai aspekdan bidang.  Kandungan rancangannya akan memaparkan rentak fikiran,  semangat juang, tenaga,  emosi,  aspek kehidupan,  aktiviti dan lain-lainnyta yang sinonim dengan masyarakat majmuk negara.  Rangkaian ini akan memaparkan kisah kehiidupan masyarakat Malaysia yang sedang membangun kearah kemajuan dan kesejahteraan hidup.

BLUE SKIES   -   EPC Radio 4

Rangkaian ini menumpukan perhatian kepada ehwal pengangkutan udara... sejarah dan pembangunannya di Malaysia,  sejarah pengangkutan dan pesawat udara,  kehidupan mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti ini,  dan sebagainya.

HERITAGE TRAIL   -   EPC Radio 5 

Rangkaian ini adalah satu rangkaian yang dipercayai dan diyakini akan mendapat sambutan yang baik dari masyarakat antarabangsa.  Ini ialah kerana tujuan ia diwujudkan utamanya untuk mempromosi ehwal sejarah,  warisan, kesenian dan kebudayaan negara.  Topik-topik inilah yang menjadi bahan utama kepadamereka yang ingin berkunjung ke Malaysia. Bahan-bahan inilah juga yang menjadi ingredient untuk menggamit pelancong ke negara kita.

DUNIA WANITA   -   EPC Radio 6 

Banyak perkara akan dipaparkan melalui rangkaian ini.  Utama sekali ialah program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan untuk kaum wanita.  Kita akan lihat peranan wanita dalam pembangunan insan dan negara,  umpamanya.  Kita akan lihat juga peranan waita dalam pembelajaran anak-anak, sebagai suri rumah,  sebagai seorang ahli profesyenal dan lain-lain lagi. Melalui program-program yang diterbitkan,  akan kita saksikan perubahan yang telah dialami oleh masyarakat wanita sesuai dengan peredaran zaman.

KELUARGA KU DUNIA KU   -   EPC Radio 7 

Rangkaian ini bertujuan memberi informasi berkaitan ehwal keluarga dan kekeluargaan dan peranan yang dimainkan oleh institusi keluarga dalam pembangunan bangsa dan negara. Subjek serta topik-topik kekeluargaan akan diberi keutamaan, dengan secara langsung dapat membantu kita, terutama ahli keluarga membina dan menjalani hidup berkeluarga dengan harmoni.

WARISAN TANI   -  EPC Radio 8 

Rangkaian ini akan mengandungi bahan-bahan yang segala-galanya mengenai dan berkaitan dengan pertanian dan bidang-bidang yang berasaskan pertanian.  Antara kandungannya ialah teknologi-teknologi yang dicipta dan digunakan dalam usaha membangun dan memajukan pertanian.  Program-program di dalam rangkaian ini secara langsung akan membantu masyarakat desa yang terlibat di dalam bidang pertanian menyediakan diri menghadapi zaman mendatang.  Ia juga sebagai usaha untuk membantu merealisasikan konsep menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan.

HIDUP SEJAHTERA   -   EPC Radio 9

Siaran selama lapan jam dalam rangkaian ini akan dimuatkan dengan subjek dan topik-topik seperti yang berkaitan dengan kecantikan, pemakanan dan penemuan baru. Selain dari itu, ia diharap dapat membantu dalam memberi fakta dan maklumat yang sahih, kredibel dan terkini mengenai bidang-bidang kesihatan dan perubatan.

epc KIDS   -   EPC Radio 10

Rangkaian ini adalah mengenai kanak-kanak.  Program-program yang dikandungkan di dalamnya adalah ditumpukan kepada ehwal kanak-kanak yang termasuk antara lain konsep pembesaran mereka,  kesihatan mereka, pembangunan mereka dan lain-lain yang berkaitan dan terlibat di dalam kehidupan mereka.   Melalui rangkaian ini juga akan dilihat kebolehan dan keistimewaan kanak-kanak dalam pelbagai bidang akativiti kehidupan.  Diharap rangkaian ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam kita memandu dan memimpin mereka supaya pada akhirnya akan menjadi insan yang berguna kepada bangsa,  negara dan agama.

 
Make a Free Website with Yola.