PROGRAM CONTENTS   

RANGKAIAN-RANGKAIAN RADIO EPC

Mulai 01 Nov 2013 akan datang beberapa perubahan dan pengubahsuaian akan dilakukan terhadap siaran rangkaian-rangkaian EPC RADIO.

EPC RADIO 1:    Rangkaian ini akan diubahsuai waktu siarannya.  Sepanjang bulan Ramadhan rangkaian ini keudara mulai 12.00 tengah hari hingga ke jam 6.00 petaang.  Ianya mengandungi program-program yang isi kandungannya difikirkan sesuai dengan sauna bulan mulia Ramadhan.  Sebagai sedia maklum antara program yang disiarkan termasuklah berita dan ehwal semasa,  hidangan Ramadhan,  waktu Imsak dan berbuka puasa.  Fadhilat puasa,  Ramadhan di sana sini dan berbagai lagi bahan yang sesuai dan relevan. 

EPC RADIO 3:             Rangkaian ini yang telah dirihatkan buat sementara waktu,  akan keudara semula mulai 12 Ogos akan dating ini.  Ianya akan mengandungi program-program yang membawa bahan-bahan sesuai dan relevan dengan kehidupan masyarakat sasarannya iaitu mereka yang tinggal di kawasan desa Negara.   Antara bahan yang akan dimuatkan di dalam program-programnya termasuklah berita dan ehwal semasa berkaitan dan mengenai bidang-bidang aktiviti dalam kehidupan masyarakat desa.  Antara bahan-bahan ini ialah ehwal kemajuan dan pembangunan dalam bidang-bidang tersebut,  bukan sahaja dalam Negara,  malah di luar Negara.  Rangkaian ini akan keudara mulai jam 9.00 pagi hingga ke 3.00 petang.  Rangkaian ini akan disiarkan melalui salurannya sendiri iaitu sebaik sahaja saluran khas untuknya disediakan.

EPC RADIO – EXOTICA MALAYSIA:     Rangkaian ini akan menumpukan perhatian kepada program-program yang bahannya terdiri dari ehwal keindahan Negara,  potensinya,  kehidupan rakyat dan banyak lagi.  Ianya ditujukan kepada masyarakat luar Negara yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Malaysia.   Sememangnyalah rangkaian ini bertujuan untuk merapatkan lagi masyarakat global kepada Negara kita.  Sementara satu saluran khas disediakan untuk rangkaian EXOTICA MALAYSIA,  ianya akan disiarkan melalui rangkaian EPC RADIO 1.   Waktu siarannya ialah mulai 9.00 malam hingga ke 12.00 tengah malam.

Sekian,   dan selamat mendengar.

  EPC RADIO 3  -  Dari Impian ke Realiti 

EPC RADIO 3 akan bersama saudara semula mulai 1 Nov akan datang.

Rangkaian ini keudara melalui Internet tiap hari selama 6 jam,  iaitu mulai 12.00 th hingga 6.00 petang.

Bahan-bahan yang dikandungkan di dalam ruangan-ruangan yang diwujudkan adalah mengenai,  berkaitan dan relevan dengan kehidupaqn masyarakat,  terutama masyarakat desa negara.

Klik pada butang bertulis EPC RADIO 3,  di mana-mana lamanweb atau lamanblog yang diselenggara oleh pihak kami.

Selamat mendengar! 

JADUAL SIARAN EPC RADIO 3 

KHAMIS


SIMFONI 

Rancangan ini membawa lagu-lagu hiburan sesuai dengan suasana dan sinario di desa yang permai. Lagu-lagu ini dipilih khas untuk memenuhi citarasa saudara sekelian,  sambil menunggu hidangan tengah hari.  Diharap lagu-lagu ini dapat menambahkan lagi selesa saudara sambil menikmati hidangan-hidangan istimewa yang telah disediakan.

BERITA & PERISTIWA  -
  
Rancangan ini membawa berita,  peristiwa dan maklumat semasa yang relevan dan berkait rapat dengan kehidupan saudara di desa.

SUDUT WANITA  -

Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh anggota masyarakat wanita di desa dalam usaha mereka memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat,  bangsa dan negara.

INTISARI -  

Rancangan hiburan ini akan memaparkan kaitan lagu-lagu yang menggambarkan kedamaian,  keharmonian,  ketenteraman dan ketenangan suasana di desa..Lagu-lagu yang akan dihidangkan adalah yang sesuai dengan waktu siarannya,  iaitu di sebelah petang.

RENUNGAN  
Rancangan ini akan memaparkan beberapa kisah dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita.  Kita akan lihat dan kaji isu dan topik yang berkaitan dengannya ... dan sambil itu kita renung dan fikirkan pengaruh dan implikasi peristiwa yang berlaku.  Mungkin darinya dapat kita menyediakan diri menghadapi masa=masa mendatang dengan lebih bersedia lagi.


SELAMAT MENDENGAR

 

Rancangan baru di EPC Radio 3

Beberapa rancangan baru telah dijadualkan untuk siaran melalui EPC RADIO 3 mulai 1 November 2013 iaitu seperti berikut:

  • PERUSHAAN DESA   –  Rancangan ini akan memaparkan perushaan-perushaan desa yang dilaksanakan oleh anggota masyarakat desa yang menjadi punca rezeki mreka
  • INAP DESA  -    Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada program dan projek yang dilaksanakan oleh masyarakat desa dalam usaha memperkenalkan kehidupan di desa sambil mempromosikan seni dan budaya yang terdapat di desa.
  • NILAI-NILAI MURNI  -  Rancangan ini merupakan satu tinjauan mengenai nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat desa.
  • RANGKAIAN DESA  -  Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan untuk dan oleh masyarakat desa dalam usaha mereka merapatkan diri kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan faedah serta manfaatnya dalam kehidupan seharian mereka.
  • YANG ISTIMEWA  -   Rancangan ini akan memapar dan menonjolkan tempat-tempat serta aktiviti-aktiviti yang menarik dan teristimewa yang terdapat di desa. Sebenarnya kawasan desa itu sendiri adalah merupakan satu-satu yang istimewa yang harus kita ketengahkan.
  • PANDANGAN DAN PENDAPAT  -  Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada pandangan dan pendapat anggota masyarakatr desa terhadap isu dan topik yang berkaitan dan mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
  • SENI DAN BUDAYA  -  Rancangan ini akan memaparkan pelbagai jenis dan aktiviti seni dan budaya yang terdapat di kawasan desa.
  • SUDUT WANITA  -  Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh anggota masyarakat wanita di desa dalam usaha mereka memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat,  bangsa dan negara.
  • UNTUK KANAK-KANAK  -  Rancangan ini akan memaparkan program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan  untuk kanak-kanak dalam membantu mereka membangun menjadi anggota masyarakat yang dapat memberi sumbangan terhadap pembangunan bangsa dan negara di masa mendatang.
  • KAMI INGIN TAHU  -  Rancangan ini akan meninjau usaha yang dilaksanakan terutama untuk golongan remaja dalam usaha mereka menjalani hidup ke hari mendatang.
  • ILMU DICAPAI  -  Rancangan ini akan memaparkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh dan untuk masyarakat desa membantu mereka menimba ilmu pengetahuan yang dapat membantu mereka menghadapi perjalanan hidup ke masa mendatang.

Kami ucapkan Selamat Mendengar! 

                          SENARAI RUANGAN YANG DISIARKAN MELALUI      

                                                 EPC RADIO  1


Make a Free Website with Yola.