OUR PROGRAMMING  CONCEPT 

 UNTUK SIAPA EPC RADIO 1?

Tidak boleh dinafikan bahawa memang sudah banyak radio-radio Internet diwujudkan di Malaysia.  Ini boleh diketahui apabila kita melayari lamanweb-lamanweb beberapa perisian yang menumpukan aktivitinya kepada siaran radio Internet.

Untuk kami di EPC RADIO 1,  kewujudan saluran-saluran radio Internet ini merupakan satu cabaran untuk kami bagi menentukan bahawa apa yang kami keudarakan adalah yang terbaik.  Kami juga lebih berpandukan konsep atau etika penyiaran global iaitu  ‘to inform,  educate and entertain’,  atau untuk membawa maklumat,  pendidikan dan hiburan.

Kepada kami penggunaan ‘hiburan’ dalam perancangan kami ialah untuk menarik pendengar kepada rangkaian EPC RADIO 1.

Kami juga menumpukan perhatian kami kepada beberapa perkara yang asas dalam penyiaran iaitu bahawa program-program yang kami siarkan adalah untuk kumpulan-kumpulan yang tertentu yang kami kenalpasti sebagai kumpulan remaja, dewasa dan warga emas.  Selain dari itu kami juga harus memikirkan cita rasa dan keperluan bukan sahaja kumpulan pendengar dalam Negara malah dari luar Negara,  kerana Internet tidak mempunyai sempadan.

Kami amat perlukan sokongan dan sumbangan dari saudara.   SELAMAT MENDENGAR EPC RADIO 1. 

Make a Free Website with Yola.