LATEST: 

Our main objective

EPC Radio and its sister channels has been on the Internet for quite a while now.  To date we have received quite a good set of listeners both local and global.  We should be very happy with this response.  But to people like us,  we are never satisfied.  We want more listeners.  We would like to receive more feedbacks.  Hence we feel it is time we take stock of our situation.

Up till now,  the number of our target audience locally is daily increasing and so is our international listeners.

We have decided to continue our broadcast concept,  i.e  bringing evergreen music and songs,  with tidbits which we feel would be of significance and importance to us.  We will continue to adhere closely to the global broadcast ethics  -  to inform,  educate and entertain.

We wish you  ‘Happy Listening’  and continue to support our effort to unite the peoples of the world.

KONSEP SIARAN EPC RADIO 1 

EPC RADIO 1 akan terus dengan konsepnya membawa siaran yang mengandungi hiburan, ehwal semasa dan topik menarik,  tanpa sebarang iklan.

Kandungan siarannya adalah berpandukan etika penyiaran global iaitu membawa maklumat,  pendidikan  dan  hiburan (to inform, educate and entertain).

Bahan-bahan ini diharapkan akan menyediakan masyarakat pendengarnya menghadapi satu kehidupan masa depan yang lebih sejahtera yang dilengkapkan dengan ilmu dan pengetahuan.

EPC RADIO 1 DAN MASYARAKAT PENDENGAR

Apabila EPC RADIO 1 mula difikir untuk dilaksana dan diletakkan di ruang Internet kira-kira 18 bulan yang lalu,  banyak pandangan telah dikemukakan.  Ada juga yang memberi pendapat bahawa ianya sukar mendapat sambutan dari masyarakat.

Ini disebabkan khususnya oleh dua factor.

Pertama bahawa masyarakat belum lagi menggunakan Internet sepenuhnya selain dari hakikat bahawa kemudahan perhubungan ini belum lagi meliputi seluruh kawasan Negara.  Bukan itu sahaja malah belum ramai yang mempunyai alat computer.

Kedua ialah kerana telah pun wujud di Negara,  puluhan rangkaian radio Internet. Tiap satunya dengan modas operandi yang tersendiri.  Tiap satu mempunyai agenda atau garis panduan tersendiri terutama dalam aspek program atau bahan yang disiarkan.

Oleh kerana inilah,  dirasakan bahawa siaran EPC RADIO 1 ketika itu tidak akan mendapat sambutan dari masyarakat.

Tetapi selepas satu setengah tahun ia keudara melalui Internet,  didapati bahawa kumpulan pendengar sasarannya bertambah dengan membanggakan.  Sempadan geografi tidak pun menjadi halangan kepada yang tinggal di negara-negara antarabangsa untuk mengikuti siarannya.  Inilah keistimewaan saluran Internet.

Jumlah pendengar kini lebih dari 3,000 orang.  Terdapat pendengar di Argentina, Brazil,  Amerika Syarikat,  Algeria,  Sudan,  Kenya,  Perancis,  United Kingdom,  Russia,  Jepun,  Australia,  negara-negara Timor Tengah,  Indonesia,  Singapura,  Brunei Darussalam  dan banyak lagi.

Kebanyakannya tertarik dengan bahan-bahan yang disertakan di dalam siaran ini.  Mereka berpendapat bahawa yang disiarkan adalah yang hendak diketahui oleh mereka.

Pelawat / Pendengar 

 

     SELAMAT MENDENGAR  

EPC Radio 1 membawa hiburan sepanjang zaman dan maklumat semasa.  Waktu siaran - mulai 3.00 petang hingga ke 6.00 petang.

          JADUAL SIARAN EPC RADIO 1          

Sabtu  20 September 2014 

  • Hiburan Petang  -  Waktu siaran 3.00 ptg.
       Rancangan ini membawakan untuk saudara lagu-lagu hiburan sebagai pembuka tirai siaran. Lagu lagu persembahan artis artis tempatan dan antarabangsa sesuai dengan suasana dan senario tengahari.
 
  • Berita dan Peristiwa  - Waktu siaran 4.00 ptg.

       Rancangan ini memaparkan berita dan peristiwa semasa di negara kita dan juga di negara-negara jiran seperti Indonesia,  Singapura dan Brunei Darussalam.

  • Dari Dapur Masakn Melayu Tradisional -Waktu siaran 5:00 ptg.  
    Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada hidangan-hidangan tradisional Malayu yang terdapat di negeri-negeri dalam Malaysia. 
  • Simfoni  -  Waktu siaran 6:00 petang 
         Di dalam rancangan ini saudara akan dihidangkan lagu-lagu hiburan sepanjang zaman dari tanah air kita dan juga dari arena muzik antarabangsa..
  • Santapan Rohani  -  Waktu siaran 7.00 malam
         Dalam rancangan ini saudara akan mengikuti kata-kata hikmah,  sabda Junjungan kita Rasulullah saw dan firman Allah swt.  
  • Pembangunan Insan -  Waktu siaran 8.00 malam
         Rancangan ini akan menumpukan perhatian kepada program dan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dalam usaha kita membina,  membangun dan mewujudkan insan yang serba boleh,  berpengetahuan dan  sedia menghadapi zaman-zaman mendatang.

SELAMAT MENDENGAR !

 

EPC Radio 2

 

 

 
EPC Radio 3

LATEST FROM ASIA PACIFIC BROADCASTING UNION

WSMC2014: Children’s media makers urged to be bold and creative

Media professionals of the 21st century have been urged to be bold, to act differently, imaginative and creative on behalf of children and young people.  Speaking at the close of the ABU-run World Summit on Media for Children held in Kuala Lumpur, Malaysia, from 8-10 September 2014 – the first to be held in Asia – YBhg Dato’ Norhyati Ismail, Director-General of the Radio Televisyen Malaysia, said she wanted to echo the words of WSMC Founder Dr Patricia Edgar. “Let Kuala Lumpur be the place where those changes begin by prioritising the wellbeing of our children and young people in the new paradigm shift of media development of this century,” she said. “All media professionals need to make the necessary adjustments to play our crucial roles more effectively, in order to remain relevant and be a vibrant creative industry provider for the young children of the digital age. “It is my fervent hope that the Kuala Lumpur

Declaration will serve as a launching pad of those guiding principles, to provide high quality content, age-targeted and non-exploitative for children across all platforms, to ensure universal access.”  YBrs Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus, Acting President of the ABU said in his closing remarks that the Union, having members and affiliated members in the region besides other sister unions all over the world, would “do its utmost to ensure the noble objectives of the 7th WSMC Kuala Lumpur Declaration could be achieved”. “It is crucial that media fraternity, particularly social media practitioners, should not prioritise their venture undertakings towards commercial-oriented in media content development,” he said.  “They should balance their media contents by incorporating embedded-educational and cultural elements to instil positive social values among the children- our future leaders.” Dr Yunus thanked the summit’s co-hosts RTM and WSMC Foundation, all the sponsors and sent best wishes to the European Broadcasting Union (EBU) that will host the 2017 summit.


Asia-Pacific broadcasters make 2050 weather forecasts


Japan’s public broadcaster NHK will join networks around the world in a United Nations climate change initiative featuring weather forecasts for 2050. The project is part of the Climate Summit 2014 at the UN Headquarters in New York on 23 September, convened by Secretary-General Ban Ki-moon to discuss what mankind needs to do to tackle global warming. Organisers hope world leaders will confirm their commitment to realising the framework for countering global warming. NHK is one of more than 10 broadcasters linking with the UN World Meteorological Organization (WMO) to participate in a special summit-related campaign. Each will present imagined weather forecasts for the year 2050 based on the predictions of the UN Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) in the case where global warming continues to proceed at the present pace. NHK’s weather forecast for Japan in 2050 will be presented by weatherwoman Hiroko Ida, from NHK’s flagship news program, News Watch 9. TV5 Philippines will produce their 2050 forecast in Tagalog and English with Chinese and English subtitles. “Weather reports from the future” produced around the world will be screened at the summit venue and can also be viewed on the UN website. NHK features of special programs on disasters and other issues related to climate change are prepared for broadcast chiefly on NHK WORLD TV and its satellite channel BS1 in late November and December. The 2050 forecast video clips from NHK, TV5 and other global participants are being progressively made available here.



DI AKHBAR ONLINE SERANTAU  -  20 Sep 2014

Iklan gergasi jatuh hempap empat kereta  myMetro onlline

Georgetown: Empat kereta mengalami kerosakan termasuk dua daripadanya rosak keseluruhan selepas dihempap papan iklan yang terjatuh dari bumbung sebuah bangunan lima tingkat akibat dipukul ribut dalam kejadian di Krystal Point, Bayan Baru, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam apabila angin kencang disusuli hujan lebat menyebabkan papan iklan berkenaan jatuh lalu menghempap kereta jenis Citroen, BMW, Perodua Myvi dan Perodua Kelisa yang diletakkan di kawasan luar parkir kereta di bangunan berkenaan. ........Berita selanjutnya


TANAH RIZAB: Pembangunan Ekstrem Boleh Pinggirkan Orang Melayu - Bernama

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Pembangunan tanah rizab Melayu secara ekstrem akan hanya terus meminggirkan orang Melayu ketika mereka dilihat masih terkebelakang dalam penguasaan ekonomi.

Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata kerajaan tidak seharusnya terlalu 'ghairah' membangunkan tanah rizab Melayu dan dijual kepada bukan Bumiputera dan orang asing, sehingga akhirnya orang Melayu sendiri terpinggir. "Adalah lebih baik membangunkan tanah berkenaan apabila golongan Melayu itu benar-benar mampu dan bersedia berbanding membangunkannya dan membuka peluang kepada kaum lain yang tidak layak untuk memiliki tanah itu. ......Berita selanjutnya


Malaysia terajui pembiayaan alternatif, crowdfunding di ASEAN - Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi negara pertama rantau ini memperkenal saluran pembiayaan alternatif apabila rangka kerja kawal selia mengenai penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti (crowdfunding atau ECF) diumumkan minggu depan.

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh, berkata ECF adalah struktur berasaskan pasaran yang penting dan berinovatif untuk meningkatkan pertumbuhan perusahaan kecil baharu yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

......Berita selanjutnya


Ibu terkejut anak remaja lahir bayi dalam tandas - Berita Harian Online

BERA: Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi tadi. Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. .....Berita selanjutnya

Wanita tak mengaku salah buang anak - Sinar Harian Online

AYER KEROH - Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, semalam, atas pertuduhan membuang anak lelakinya berusia dua tahun di sebuah rumah di Bukit Katil, dalam kejadian Februari lalu. Tertuduh, Siti Fatimah Maulad Mohamad Zin, 24, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai ibu bapa atau orang yang bertanggungjawab menjaga Mohamad Irfan Abd Hadi, 2, dengan sengaja mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat membuangnya di sebuah rumah. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah beralamat Jalan Bayan 14, Taman Bukit Katil, kira-kira 10.30 malam pada 11 Februari lalu. ....Berita selanjutnya


Taktik jual pil beracun di Facebook - Kosmo Online

KUALA LUMPUR - Sebuah sindiket mengedar dan menjual pil gugur kandungan kini bertindak semakin berani apabila mula menjual pil 'membunuh janin' itu secara terang-terangan menerusi laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka mendekati golongan gadis remaja.

Malah, tanpa rasa takut sindiket tersebut bukan sahaja bertindak meletakkan pelbagai keratan testimonial pelanggan untuk meyakinkan pembeli, bahkan mendedahkan nombor telefon bagi memudahkan mereka dihubungi.

Siasatan Kosmo! mendapati terdapat beberapa akaun Facebook yang menjual ubat haram tersebut secara terbuka antaranya Pil Gugur Kandungan, Pil Gugur Cuci Kandungan, Pil Gugur dan Gugurkan Kandungan Pil Cytotec. Wartawan Kosmo! turut menyamar sebagai pelanggan dengan menghubungi salah satu nombor telefon dalam Facebook sindiket itu dan mendapati kemungkinan besar mereka didalangi sekumpulan beberapa individu yang saling bersubahat.

Rumah baharu PPRT ditimpa pokok- Sinar Harian Online

SUNGAI PETAI - Rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang baharu 17 hari diduduki rosak teruk selepas ditimpa pokok getah tua dalam kejadian ribut kira-kira jam 4.50 petang Selasa lalu.

Zailadi Ghani, 44, berkata, kejadian itu berlaku sejurus dia selesai solat Asar selepas pulang dari tempat kenduri rumah saudaranya.
Katanya, dentuman kuat pada  bumbung bahagian dapur dan bilik rumahnya itu menyebabkan dia tergamam kerana tidak tahu apa sebenarnya berlaku......Berita selanjutnya


Ramai tidak tahu fungsi Perkeso - Sinar Harian Online

KAHANG - Perkeso cawangan Kluang mengambil inisiatif memberi pendedahan fungsi pertubuhan berkenaan kepada pemilik dan pekerja ladang menerusi Program Seranta di Taman Negara Endau-Rompin di Kampung Orang Asli Peta, di sini, kelmarin.

Pengurus Pejabat Perkeso Cawangan Kluang, Zanurin Zakaria berkata, seramai 24 pemilik ladang di sekitar kawasan Kahang diberi penerangan berkaitan faedah dan keperluan mencarum pekerja mereka dengan Perkeso. Menurutnya, program itu turut disertai 46 kakitangan ladang tersebut termasuk masyarakat Orang Asli yang bertugas sebagai kakitangan Taman Negara agar mereka mengetahui manfaat dan faedah mencarum Perkeso. ...Berita selanjutnya


Akhbar Serantau 

Usahawan Melayu Singapura digalak rebut peluang niaga di Malaysia - Berita Harian SG

Usahawan melayu Singapura harus merebut pelbagai peluang perniagaan yang ditawarkan negara Malaysia, kata Menteri Kanan (Ehwal Luar merangkap Ehwal dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.....Berita selanjutnya


Kerjaya berasas kemahiran dibangun bagi sektor  Prasekolah - Berita Harian SG

LALUAN kerjaya berasaskan kemahiran akan dibangunkan pihak berkuasa bagi sektor prasekolah sejajar dengan usaha nasional memberi lebih tumpuan kepada kemahiran daripada kelayakan kertas.

Ini salah satu daripada tiga inisiatif bagi membangun dan mengiktiraf karyawan pendidikan awal yang diumum Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing, semalam.


Hampir Sejuta Orang Bunuh Diri Per Tahun - Tempo.co

TEMPO.CO , Jakarta:  Badan Kesehatan Dunia, WHO (Baca:WHO: Setiap 40 Detik, Satu Orang Bunuh Diri sejak tahun 2003 memberikan catatan penting dan menanggapi serius isu bunuh diri. Dalam surat elektronik yang diterima dari Pusat Komunikasi Publik Sekretariat Kementerian Kesehatan Republik Indonesia pada Rabu malam, 17 September 2014, WHO telah menggandeng International Association of Suicide Prevention (IASP) untuk memperingati Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia yang berlangsung setiap tanggal 10 September lalu. ...Berita selanjutnya


Sekolah untuk suami agar sadar KB - BBC Indonesia

Di banyak negara, sudah biasa kaum perempuan di pedesaanlah yang bekerja keras dari pagi sampai malam, di luar dan di dalam rumah, sementara kaum pria bersantai-santai.

Negara Pantai Gading di Afrika memutuskan mengubah tradisi ini dengan menyelenggarakan sekolah untuk para suami, dan sekaligus untuk mengajarkan tentang program keluarga berencana. .......Berita selanjutnya


Prancis serang kelompok militan ISIS - BBC Indonesia

Pesawat tempur jet Prancis telah melakukan Klikserangan udara pertama terhadap kelompok militan yang menamakan diri Negara Islam (atau ISIS) di Irak, kata pernyataan yang dikeluarkan kantor Presiden Francois Hollande.

Pernyataan itu menyebutkan pesawat-pesawat Prancis menyerang gudang logistik kelompok militan yang berada di wilayah timur laut Irak. Prancis sebelumnya sudah mengirimkan pesawat pengintainya ke Irak dan memberikan bantuan senjata kepada para petempur Kurdi. ...Berita selanjutnya


Petugas Layanan Kesehatan Merangkul Remaja Lewat Program Makan Gratis - ABC Radio Online

Mempromosikan layanan kesehatan tidak harus selalu diberikan dengan pendekatan yang resmi, sebaliknya pendekatan yang lebih santai ternyata jauh lebih efektif. Sebuah organisasi layanan kesehatan di Hobart, Australia merangkul kelompok warga sasarannya yakni remaja dengan cara menggelar acara santap siang gratis .


Hari Rabu selalu menjadi hari yang sibuk bagi para relawan di Link Youth Health Service di Hobart. Karena pada hari Rabu mereka menyediakan makanan gratis bagi siapa saja yang datang ke markas mereka....Berita selanjutnya





MENARIK MINGGU INI 

DI EPC RADIO 1

Pada besarnya lagu-lagu hiburan yang disediakan untuk siaran kami ialah ‘muzik untuk menemani saudara bersantai dan bersama keluarga’.  Hidangan yang berbentuk antarabangsa ini akan menapilkan persembahan artis-artis antarabangsa yang membawa lagu-lagu popular dari timur dan barat.

Mulai minggu kedua bulan MAC 2014  kami akan cuba bawakan beberapa topik atau perkara baru yang dipercayai akan menarik minat saudara.  Dan tentu sekali menarik saudara ialah tip dan panduan berfaedah untuk masyarakat wanita kita hari ini.


THIS WEEK ON 

EXOTIKA  MALAYSIA

We will be including more interesting materials and items in our broadcast as of 15th MARCH. We are trying to get some interviews with some knowledgeable and interesting personalities with regards to topics that will help you understand us and our country better.  We will give you an in depth look at  some of the unique characteristics of the land and the people of Malaysia.  And we hope you will benefit from our programs.

PANDANGAN DAN PENDAPAT

Melalui ruangan ini kita akan mengikuti pandangan dan pendapat masyarakat tempatan  mengenai isu-isu semasa.  Sumbangan saudara boleh disampaikan melalui alamat emel:  epcteknologi@gmail.com.

RAMALAN CUACA  

KUALA LUMPUR 

Sabtu  20 Sept. 2014

 Pagi : Tiada hujan
 Petang : Ribut petir
 Malam : Tiada hujan

 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 34 °C


Sumber: JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

 HARI INI DALAM SEJARAH 


PAMERAN SEJARAH JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM BAGINDA SULTAN SELANGOR

                                                                                      20 September 1985 

Kerajaan adalah bertanggungjawab untuk memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha-usaha untuk memupuk di kalangan generasi muda yang terdiri daripada berbilang kaum supaya sentiasa mencintai sistem pemerintahan Beraja yang ada pada hari ini di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan aspek-aspek Kesultanan Melayu.
Sehubungan dengan itu pada hari ini 20 September 1985, Jabatan Muzium Negara telah menganjurkan satu Pameran Sejarah Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor iaitu DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj, bertempat di Jabatan Muzium Negara, Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Pameran itu telah dirasmikan oleh Baginda Sultan sendiri.Di antara matlamat utama pameran tersebut diadakan adalah:

  1. Untuk menanamkan semangat cintakan Sistem Beraja serta menambahkan pengetahuan rakyat tentang sistem tersebut, supaya keharmonian dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan.
  2. Menarik minat dan sambutan orang ramai khususnya rakyat Selangor terhadap pameran tersebut dan dengan kaedah itu diharap dapat mengembalikan semangat dan sikap menghargai institusi kesultanan sebagai lambang kedaulatan dan keutamaan negeri.

.                         Sumber:  ARKIB NEGARA MALAYSIA                          

Saudara boleh juga menghubungi kami melalui emel kami  epcteknologi@gmail.com 

 

Make a Free Website with Yola.