Peranan EPC RADIO 3
Pada 23 Februari yang lalu rangkaian radio Internet EPC RADIO 3 telah diwujudkan dan dinaikkan ke Internet. Tidak ada promosi besar-besaran dilakukan, kerana telah difikirkan bahawa ianya lebih merupakan satu bentuk ‘siaran percubaan’ sahaja, dan sebagai tambahan kepada siaran EPC RADIO 1 yang telah berada di Internet sejak bulan Januari.
Telah difikirkan juga bahawa ianya adalah merupakan sebagai satu rangkaian tambahan untuk menampung beberapa topik atau isu yang tidak muat diisi di dalam rangkaian EPC RADIO 1.
Maka wujudlah rangkaian ini.
Selepas perbincangan beberapa kali dengan mereka yang berkenaan dan brminat, diputuskan bahawa rangkaian EPC RADIO 3 akan menumpukan sepenuh perhatian dan memberi fokus kepada hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat desa dan kehidupan mereka.
Hasil dari keputusan ini ruangan-ruangan seperti BERITA DAN MAKLUMAT SEMASA, DESA PERMAI, SAYA ANAK DESA, PANDUAN DAN BIMBINGAN dan AL KISAH diwujudkan. Tujuannya ialah untuk menyebarkan maklumat dan mendedahkan masyarakat desa kepada perkara-perkara dan isu-isu yang berkait rapat dan relevan dengan kehidupan mereka, yang pada akhirnya dapatlah mereka menjalani hidup ke zaman-zaman mendatang dengan lebih bersedia lagi.
Jika dilihat pada ruangan-ruangan yang diwujudkan nyatalah tujuan rangkaian ini diwujudkan. Ruangan BERITA DAN MAKLUMAT SEMASAumpamanya memaparkan berita, peristiwa dan maklumat-maklumat semasa dan terkini yang akan membawa manfaat kepada mereka. Ruangan DESA PERMAI pula menceritakan darihal kawasan desa Negara dan masyarakatnya yang sentiasa berazam, bertekad, berkerja kuat untuk membawa kehidupan yang lebih sejahtera kepada mereka. Ruangan SAYA ANAK DESA akan memberi ruang kepada anggota masyarakat remaja atau anak-anak desa menyatakan hasrat dan aspirasi mereka, sambil menggambarkan kejayaan mereka dalam kehidupan. Ruangan PANDUAN DAN BIMBINGAN pula membawa kisah atau berita teknologi terkini yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviiti seharian mereka. Dan AL KISAH akan menceritakan ehwal kampong-kampung di desa - keadaannya, profilnya, pembangunan dan kejayaannya, dan sejarah dan asal usulnya.
Buat masa ini, jangkamasa siaran rangkaian ini ialah 3 jam sehari iaitu dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Dalam masa terdekat jangkamasa ini akan dilanjutkan hingga ke 6 jam sehari.
Banyak lagi ruangan-ruangan yang akan diwujudkan. Satu kajian yang terperinci sedang dilaksanakan mengenai hal ini.
Apa pun rangkaian radio Internet EPC RADIO 3 lebih merupakan satu saluran alternatif untuk masyarakat desa mendapatkan berita dan ilmu pengetahuan yang amat penting dalam kehidupan mereka hari ini, dandiselenggarakan secara profesyenal oleh satu kumpulan petugas yang mempunyai pengalaman penyiaran yang profesyenal lebih dari 50 tahun.